Friday, September 17, 2010

Cerita Bayan Tiada Menurut Kata-Kata Ibu Bapa

Tema

Betapa tingginya nilai nasihat ibu bapa.

Persoalan

1) Penilaian seorang anak terhadap nasihat dan pesanan yang diberi oleh ibu bapa.

Dalam cerita ini, anak bayan tidak mendengar kata-kata ibubapanya. Malah, ia sambung persahabatannya bersama anak cerpelai.

2) Penitikberatan ibu bapa terhadap keselamatan dan keadaan anak mereka

Ibu bapa bayan telah banyak kali memberikan nasihat kepada anaknya agar memutuskan persahabatannya bersama anak cerpelai supaya dapat mengelak akibat yang buruk. Ini membuktikan betapa prihatinnya ibu bapa bayan terhadap anaknya.

3) Perasaan dendam yang wujud akibat kehilangan sesuatu yang amat berharga.

Dalam cerita ini, Saudagar ini membalas dendam dengan membunuh anak kera kerana luka anaknya belum lagi sembuh.

4) Perihal manusia yang inginkan keuntungan yang berlipat ganda.

Seorang budak yang telah menangkap bayan tua itu ingin menjualkannya untuk mendapat keuntungan sebanyak empat ribu dinar.

Watak:

-keluarga burung bayan

-keluarga tupai cepelai

-keluarga kera

-saudagar dan anak-anaknya

-tabib

-seorang anak-anak

-serigala

-raja

-bibi zainab

LATAR

latar masa:

-beratus-ratus tahun dahulu (zaman feudalisme: kesultanan melayu melaka)

-berlaku di tanah melayu

-ketika sistem pemerintahan raja masih digunakkan

latar masyarakat:

Melayu tradisional (bukti: budak-budak bogel)

Latar masyarakat: raja, tabib, kewujudan seekor banyan tua boleh berkata-kata

NILAI

Kasih Sayang

Bayan dan Kera telah menasihati anak masing-masing apabila anak-anak mereka melakukan perkara yang membawa padah. Ini menunjukkan kasih sayang serta keprihatinan ibu bapa terhadap anak mereka.

Baik Hati

Bayan tua telah meminta izin kepada raja untuk melepaskannya. Dia rindu dan ingin kembali ke sisi keluarganya. Raja memperkenankan permohonan bayan tua. Ini memaparkan sikap raja yang baik hati.

Bijaksana

Bayan tua berupaya bermuslihat pada masa yang genting demi menyelamatkan diri daripada bahaya.

Gaya Bahasa

1) Anafora (ms 24)

"Adapun pada pohon kayu itu ada suatu lubang kayu. Adapun pada pohon kayu itu ada cerpelai beranak muda."

2) Bahasa Istana (ms 26)

-tuan hamba

-patik

-duli yang maha mulia

-duli syah alam

3) Ayat songsang

"Lalu dibuangkan ke tanah segala burung bayan itu."

4) Sinkof (ms 25)

-kubunuh

-jua

-kudengar

5) Bahasa Melayu Lama

-Sebermula

-konon

-Syahadan

-laki bini

-seraya

-daku

-Arkian

-haram jadah

-Hatta

-anak bini

Patung Kencana Dari Kuripan

Tema:

KEBIJAKSANAAN DALAM MENENTUKAN PILIHAN TERBAIK

Raden Inu telah menyembunyikan sesuatu yang baik dan cantik dalam bungkusan yang buruk, manakala sesuatu yang buruk dalam bungkusan yang cantik.

Tapi tidak semestinya sesuatu yang mempunyai luaran yang baik isinya baik. Seperti yang dipaparkan dalam cerita ini.
Bukti dalam cerita ini adalah, patung yang dibalut dengan bungkusan yang buruk, isinya emas manakala dalam bungkusan yang baik isinya buruk.





Persoalan:

HUBUNGAN KEKELUARGAAN YANG BAIK AKAN MENJALIN KEMESRAAN ANTARA AHLI KELUARGA

Ratu Kuripan memberikan Galuh Cendera Kirana (GCK). Sebuah patung kencana bagi menghiburkan hati setelah kematian ibundanya. Raden Inu membuat patung kencana baginya, bagi menunjukkan kasih sayang yang eratkan hubungan.

SESUATU YANG CANTIK PADA LUARAN TIDAK SEMESTINYA MENGAMBARKAN KECANTIKKAN DALAM

Bungkusan yang cantik tak semestinya mengandungi dsesuatu yang baik, orang ramai sering terpedaya dalam luaran.



Latar:

Latar masa berlaku pada zaman dahulu kala di tanah jawa semasa pemerintahan zaman keraton yang sangat dihormati.

Latar tempat bagi cerita ini adalah di kepulauan Jawa yang meliputi negeri kuripan dan negeri Daha.

Latar masyrakat pula adalah golongan diraja yang yang mendapat perhatian khusus di dalam cerita ini manakala golongan pembesar dan rakyat habya disebut sepintas lalu.



Nilai:

1. BELAS KASIHAN

Ratu kuripan masih mempunyai belas kasihan terhadap GCK bukan sahaja selepas kematian bonda GCK, namun juga apabila ayahnya tidak memepedulikannya lagi.

2. TANGGUNGJAWAB

Sebagai bapa kandung GCK, Ratu Daha dia sudah tidak bertanggungjawab atas anaknya setelah kematian ibunda GCK akibat termakan hasutan Paduka Liku.

Malah, Mahadewi dan Ratu Kuripan pula yang bertanggungjawab terhadapa GCK dengan menghiburkan hati GCK dengan membuat patung kencana.

3. KASIH SAYANG

Ratu kuripan dan maha dewi memberi kasih sayang dan tumpukan perhatiaan terhadapnya apabila dia sedang muram.

Bukti kasih sayang merekam, Raden Inu Kertapati telah membuat patung kencana untuk mengembirakan GCK semata-mata.



Watak:

GALUH CENDERA KIRANA

-anak yatim; setelah bondanya meninggal

-puteri Ratu Daha

-tunang Raden Inu

-hormat

-gembira mendapat patung kencana yang berisi emas

( Ia bukan perak dan matanya bukan diperbuat daripada batu, is diperbuat dari emas yanng amat cemerlang. )



RATU DAHA

-ayahanda GCK

-amat menyayangi Paduka Liku

( Turut sahaja dengan isterinya sehingga permaisuri mati, makan racun )



RADEN INU KERTAPATI

-tunang GCK

-Pemalu/sopan santun

( Malu-malu lalu menundukkan kepalanya )

-hormat ayahnya

( Terima arahan ayahnya untuk membuat patung )



Gaya Bahasa:

Bahasa Melayu lama:

-seraya (ms 52) : sambil

-amarah (ms 52) : marah

-anak-anakan. (ms 53) : patung,boneka

-mamanda/paman (ms 53) : bapa saudara



Bahasa Jawa

*Sang Nata (ms 53) : Baginda/Tuanku

*Sang Ratu/Ratu (ms. 53) : Raja

*Patih (ms 54) : Perdana Menteri/Bendahara

*Bupati (ms 54) : Pegawai tinggi istana

*Kemung (ms 54) : Canang

*Kempul (ms 54) : Canang besar

*Saron (ms 54) : Alat bunyi-bunyian

*Penggawa (ms 55) : Ketua Daerah



Bahasa Istana

*Adinda

*Kekanda

*Ayahanda

*Baginda

*Santap

*Ke bawah duli

*Bersemayam



Inversi/Songsang

* "Pandai sungguh orang yang memperbuat anak-anakan ini"

*Memberikan variasi kepada prosa

Peminangan Puteri Gunung Ledang

Tema

Kesetiaan rakyat dan keakuran mereka pada pemerintah Sultan.

Persoalan

1) Kehendak peribadi yang menyusahkan orang lain.

Dalam prosa ini, ia terbukti apabila Sultan memerintah Tun Mamat dan Laksamana Sang Setia untuk mendaki Gunung Ledang untuk mencari Puteri Gunung Ledang supaya dapat meminangnya. Dalam perjalanan untuk mencari Puteri, mereka telah menghadapi pelbagai cabaran dan melihat perkara-perkara yang luarbiasa.

2) Kesungguhan dalam melaksanakan tugas.

Tun Mamat dan Laksamana Sang Setia bersungguh-sungguh dalam mendaki Gunung Ledang untuk mencari Puteri Gunung Ledang.

3) Penolakan peminganan secara halus.

Puteri Gunung Ledang menolak peminangan Sultan secara halus dengan memberikan beberapa syarat yang sukar untuk ditetapi.

4) Kasih sayang seorang ayah yang menitikberatkan anaknya lebih daripada dirinya sendiri.

Puteri Gunung Ledang memberi syarat bahawa Sultan harus memberikannya semangkuk darah anaknya. Oleh kerana syarat ini, Sultan membatalkan peminangannya.

Latar

Latar tempat bagi cerita ini adalah di negeri Melaka, di Gunung Ledang.

Latar masa adalah pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah (akhir abad ke-15 dan awal abad ke-16)

Latar masyarakat adalah masyarakat feudal-sistem pemerintahan beraja (masyarakat yang taat perintah raja.)

Watak

Sultan Mahmud:

-Sultan Melaka

-berdukacita setelah peninggalan isterinya

-ingin mengahwini Puteri Gunung Ledang

-mementingkan diri sendiri

-sanggup meyusahkan rakyat semata-mata untuk mengahwini

Puteri Gunung Ledang:

-menetap di Gunung Ledang


-hormat kepada Sultan

-tidak bertindak keras terhadap Sultan

-bijak

Tun Mamat:

-taat kepada perintah Sultan

-tidak berputus asa untuk mencari Puteri Gunung Ledang

Nilai

1) Tanggungjawab

Sultan Mahmud terus membatalkan peminangannya apabila diberi syarat oleh Puteri Gunung Ledang untuk memberikannya semangkuk darah anaknya. Ini menunjukkan dia amat mementingkan anaknya.

2) Bertindak bijak bagi menangani masalah

Puteri Gunung Ledang tidak bertindak secara langsung apabila beliau menolak peminangan Sultan Mahmud. Malah, dia memberikan syarat-syarat yang sukar untuk ditetapkan kepada Sultan supaya peminangan tersebut dapat dibatalkan.

3) Pengawalan diri

Puteri Gunung Ledang membuktikan ketaatannya kepada Sultan Mahmud apabila beliau tidak bertindak secara kasar dalam keinginan untuk menolak peminangan Sultan Mahmud. Oleh itu, dia bijak menjaga perasannya sendiri dan juga perasaan Sultan Mahmud.

Gaya bahasa

1) Bahasa istana

- tuanku (ms 30)

-beta (ms 31)

-hamba (ms 32)

-laksamana (ms 32)

-tuan puteri (ms 32)

2) Unsur perulangan frasa

- ada yang seperti orang bersiul, ada yang seperti orang berbangsi, ada yang seperti orang bersyair....(ms 31)

3) Simile

-seperti orang bersiul (31)

-seperti orang berbangsi (31)

-seperti orang berbait (31)

-seperti orang berseloka (31)

4) Pantun (ms 31)

Sana sini gigi menimang

Hendak makan ikan dalam telaga

Lagi lemak telur berlinang

Sisiknya lekat kepada dada.

5) Ayat songsang.

- " Telah sudah ia berkata-kata maka lenyaplah ia. " (ms 32)

Pak Belalang

Tema

Kejayaan menangani masalah berdasarkan nasib yang baik.



Persoalan

1) Sikap tamak membawa padah

Juragan hendak merampas negeri Raja Indera Maya dengan sebuah pertaruhan yang dipercayai bahawa Juragan pasti menang. Raja Indera Maya telah pun menyahut cabaran lalu mendapatkan Pak Belalang seorang ahli nujum bagi mengatasi pertaruhan tersebut. Pak Belalang berjaya mengenal pasti jantina anak-anak itik yang baharu menetas dengan tepat. Maka, Juragan mengaku tewas dalam pertaruhannya. Sikap Juragan yang tamak telah mengakibatkan penyerahan hartabendanya kepada Raja Indera Maya.

2) Kasih sayang suami terhadap isteri

Pada mulanya, hanya Juragan sahaja yang mengetahui cara bagi memperoleh jawapan yang tepat dalam pertaruhannya. Juragan telah bertekad untuk merahsiakan pengetahuannya agar kemenangan menyebelahinya. Namun, pujukan isterinya berjaya mengatasi tekadnya. Berdasarkan kasih sayangnya terhadap isterinya, Juragan memberitahu isterinya akan rahsia tersebut.

3) Tuhan membantu hambaNya

Pak Belalang selalu berdoa kepada Allah dan memohon pertolonganNya untuk menyelesaikan masalahnya. Allah yang Maha Mendengar memperkenankan doa Pak Belalang lalu mengurniakannya ilham bagi memperolehi jawapan yang tepat.

4) Orang yang berbohong akan memperoleh kesukaran bagi mengekalkan penipuannya.

Pak Belalang telah menjadi seorang ahli nujum berdasarkan sebuah tipu helah yang dirancang olehnya. Ini telah mengakibatkan Raja Indera Maya untuk memerintahkan Pak Belalang bagi mencari jawapan yang benar demi memenangi pertaruhan Juragan. Pak Belalang tidak tahu cara bagi mengekalkan penipuannya. Dia khuatir jikalau muslihatnya akan terbongkar. Dia hanya mampu menyerahkan nasib dirinya ke tangan Tuhan.

Gaya Bahasa

Bahasa Istana

-Beta

-Tuanku

-Patik

-Adinda

-Kakanda

-Baginda

-daulat

-ke bawah duli

-menteri

-hulubalang

-sida-sida

-biduanda

-juragan

-dayang-dayang

-bentara

Bahasa Melayu lama

-Hatta

-Syahadan

-titah

-seraya

-sahaya

-fasal

-sebermula

-laki isteri

-sarwa



Nilai

-Berkeyakinan

Juragan dan Raja Indera Maya masing-masing berkeyakinan tinggi bahawa masing-masing akan memenangi pertaruhan tersebut.

-Amanah

Juragan bersikap jujur. Dia menerima kekalahan dan tidak menyembunyikan kebenaran.

-Keberanian

Pak Belalang berani mendekati kapal Juragan secara senyap. Raja Indera Maya berani menyahut cabaran Juragan.

-Berhati-hati

Juragan tidak bersikap berhati-hati hingga dia membocorkan rahsianya.



Watak:

Pak Belalang

-dipercayai seorang ahli nujum

-beristeri, mempunyai satu anak

-pandai bermuslihat

-gigih berusaha untuk menyelesaikan masalah raja

-selalu mengingati Allah



Raja Indera Maya

-pemerintah sebuah negeri

-Berani menyahut cabaran



Juragan

-Peniaga yang tamak

-beristeri

-bersikap amanah

-sayang akan isterinya



Latar

Masa: Zaman pemerintahan raja

Tempat: Istana raja, Kapal Juragan, Rumah Pak Belalang

Masyarakat: Raja, menteri, rakyat

Rakyat patuh perintah raja

Percaya akan kuasa menilik

Sunday, May 30, 2010

Mata pelajaran sangat penting
Pendapatan gaji takkan kering
Bakal membantu di waktu genting
Usaha gigih harus disunting


Ilmu hisab digemari saya
Mudah diresap ke dalam jiwa
Pantas berfikir pantas mengira
Letih akal apalagi mata


Tidak suka Bahasa Inggeris
Meskipun ia bahasa laris
Tajam dan berliku ala keris
Jawapan tepat bukan yang nyaris


Bahasa Ibunda ku sanjungi
Sastera Melayu dihayati
Nasihat dan teladan diberi
Memaparkan kesan dalam hati

Monday, April 12, 2010

Assalamualaikum!

Hari ini, saya akan mengemaskini blog ini dengan
menyelitkan kerja sekolah mengenai sajak 'Lorong Engku Aman.'

a) Sajak Lorong Engku Aman bertemakan perkembangan yang terjadi pada Lorong Engku Aman berdasarkan perubahan zaman. Sajak tersebut memaparkan pelbagai perubahan yang menonjolkan kemajuan Lorong Engku Aman.

b) Perubahan pertama ialah estet perumahan Lorong Engku Aman. Kini bangunannya semua tinggi berbanding dengan pembentukan bangunan dahulu kala. Ini boleh dibuktikan berdasarkan cuplikan R1B4 dari sajak tersebut,
'Perumahan yang tinggi mencakar.'

Perubahan kedua ialah haiwan ternakan. Dahulu, penduduknya membesarkan dan membiakkan binatang ternakan. Kini penduduknya tidak lagi memiliki sebarang ternakan buat pemeliharaan sendiri. Ini boleh dibuktikan berdasarkan cuplikan R2B2 dari sajak tersebut,
'Ternakan tak berpunya.'

c) Perkara pertama ialah perubahan sikap penduduk antara satu sama lain. Penduduk tidak lagi menghiraukan keadaan satu sama lain. Mereka sukar untuk berbicara. Malah mereka jarang menghulurkan senyuman dan bertegur sapa. Penyajak menyuarakan keprihatinannya agar pembaca berupaya menyedari hal yang berlaku. Tambahan lagi, sikap penduduk yang mempunyai hubungan silaturrahim yang renggang bukan sahaja didapati di Lorong Engku Aman, malah sikap tersebut semakin berleluasa di kalangan mereka yang menetap rumah pangsa dan kondominium.

Penyajak bertujuan untuk menggerakkan hati pembaca agar mereka berusaha memperbaiki komunikasi antara satu sama lain. Lantas, penyajak telah menyampaikan keprihatinannya dengan jelas. Ini diberi sokongan kukuh berdasarkan bukti yang berbentuk R3B1-B4,
'Bicara tak bertemu
Bertemu cukup angguk
Semua dinamis semua sibuk
Urusan ya urusan negara.'

Perkara kedua yang menjadi keprihatinan penyajak ialah perubahan adat. Kehidupan menjadi lebih rumit dan kelam. Beberapa ciri adat resam dan budaya kian pudar dan dibelakangkan. Ciri-ciri tersebut jarang diamalkan penduduk malah, sesetengah aspek tersebut pupus dari pengetahuan generasi kini. Ini bermaksud identiti sesebuah bangsa semakin lenyap kerana gaya hidup kini lebih terpengaruh dengan unsur-unsur kemodenan. Contoh adat-adat yang telah diketepikan dari amalan dalam kehidupan mereka ialah acara pijak tanah untuk bayi. Lantas, penyajak menyampaikan keprihatinannya dengan baik. Ini dapat dibuktikan berdasarkan cuplikan yang berbentuk R4B1-B4,
'Hidup jadi adat
Buang yang mengikat
Adat yang menjerat
Di sini tak mendapat tempat.'

Natijahnya, terdapat dua perkara utama yang meragut keprihatinan penyajak semenjak Lorong Engku Aman 'menerima kemajuan.' Perkara-perkara tersebut ialah hubungan silaturrahim yang semakin renggang dan kepupusan beberapa aspek adat resam dan budaya.

Thursday, March 18, 2010

Assalamualaikum.
Saya harap para pembaca semuanya sihat wala'fiat.
Saya akan melaksanakan tugas Sastera saya kini iaitu
memuatturunkan jawapan bagi cerpen 'Orkidnya Sudah Menjadi.'

a) Huraikan watak Jamal sebagai seorang ayah sepertimana yang dipaparkan dalam cerpen ini.

Jamal ialah seorang yang garang dan bengis. Tindakannya mudah terpengaruh dengan sifatnya yang panas baran. Dia pantas meradang dan berang atas perkara-perkara yang tidak memuaskan hatinya. Contohnya, dia menjadi marah dan garang apabila kedua-dua anaknya menunjukkan keputusan mata pelajaran yang gagal mencapai ekspektasinya. Ini boleh dibuktikan berdasarkan cuplikan dari teks,

'Kenapa tak lulus ni, Adli?" tanya Jamal kesal. Wajahnya segera berubah bengis dan garang.'

Pernyataan tersebut menunjukkan bahawa Jamal begitu marah terhadap keputusan anaknya yang tidak memuaskan. Lantas, Jamal dipaparkan sebagai watak yang garang dalam cerita tersebut. Tindakannya yang ganas bolah dibuktikan berdasarkan,

'...kata Jamal lalu melemparkan buku kecil itu ke tanah.'

Ini mempamerkan tindakan Jamal yang terpengaruh dengan kemarahannya.


Jamal juga seorang yang tidak bertanggungjawab. Ini dapat dipaparkan atas kenyataan bahawa dia tidak membeli buku-buku sekolah yang sangat diperlukan oleh anaknya. Pernyataan ini boleh dikukuhkan lagi atas bukti yang terdapat di cerpen ini,

'Buku kira-kira Aliza ayah belum beli, sahut Aliza.'

Sikapnya yang tidak bertanggungjawab telah mengakibatkan kegagalan Aliza dalam pelajaran Matematik. Namun, Jamal menafikan kesilapannya.


Selain itu, Jamal seorang yang prihatin. Hatinya mula goyah akan kemerosotan anaknya dalam bidang pelajaran. Dia mula berasa bimbang dan khuatir atas keputusan kedua-dua anaknya. Ini dapat dibuktikan berdasarkan cuplikan dari teks,

'Tapi...anak-anak kita tak ada yang menjadi Asiah...!'

Lantas ini memaparkan sikap Jamal yang prihatin akan perkembangan anak-anaknya.


Akhir sekali, Jamal seorang yang lalai. Jamal terlalu asyik melayankan kehendak dan angan-angan isterinya hingga anak-anaknya dibiarkan terbenggalai dalam pelajaran mereka. Ini berkemungkinan besar menyebabkan kegagalan anak-anaknya dalam pelajaran mereka. Ini memberi kesedaran kepada Jamal yang mula berasa bimbang akan perkembangan anak-anaknya. Ini dapat dibuktikan berdasarkan cuplikan teks,

'Selalunya dia sangat senang hati mendengar angan-angan isterinya itu. Tapi pagi ini cakap-cakap begitu sudah tidak enak di telinganya.'

Ini memaparkan sikap Jamal yang lalai akan urusan anak-anaknya.


Rumusannya, Jamal seorang yang garang, tidak bertanggungjawab, prihatin dan lalai. Penulis berjaya mempamerkan ciri-ciri watak Jamal dengan jelas dalam cerpen ini.




b) Jelaskan perasaan Asiah terhadap orkid yang ditanamnya dan cara dia melayani tanamannya itu.


Asiah berasa sangat riang, puas dan terhibur terhadap bunga anggerik yang ditanamnya. Dia mudah tersenyum ketika melihat keindahan dan kesuburan bunga-bunga orkid. Dia melayani tanamannya seperti anak-anaknya sendiri. Dia menganggap bunga-bunga anggerik itu sebagai sesuatu yang penting dalam kehidupannya. Ini boleh dibuktikan berdasarkan cuplikan teks,

'Asiah mengurut-urut kuntum bunga yang baru menjulur itu bagaikan mengurut kepala anak kecilnya sahaja. Wajahnya berseri-seri keriangan.'

Justeru, ini menjelaskan perasaan dan tingkah laku Asiah terhadap tanamannya.




c) "Tapi...anak-anak kita tak ada yang menjadi Asiah...!" Jelaskan perkara yang menyebabkan Jamal melafazkan ungkapan tersebut.


Jamal melafazkan ungkapan tersebut atas kemarahan dan kekecewaannya terhadap keputusan anak-anaknya. Dia bersikap demikian kerana anak-anaknya memperolehi kegagalan dalam beberapa mata pelajaran. Dia tidak puas hati dengan pencapaian anak-anaknya. Ini dapat dibuktikan dari cerpen tersebut,
'Jamal kesal. Wajahnya segera berubah bengis dan garang.'

Jamal turut melafazkan ungkapan tersebut kerana dia merasakan bahawa anak-anaknya tidak memiliki masa hadapan yang cerah. Berdasarkan keputusan anak-anaknya yang tidak memuaskan, dia yakin bahawa anak-anakna tidak mungkin berjaya dalam kehidupan mereka. Natijahnya, pendidikan yang tinggi akan memudahkan seseorang untuk mencari kerjaya yang menyumbang pendapatan tinggi. Lantas, keputusan anak-anaknya yang sangat rendah membuat Jamal tidak yakin akan kerjaya anaknya pada masa hadapan.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~T.A.M.A.T~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~