Assalamualaikum!
Hari ini, saya akan mengemaskini blog ini dengan
menyelitkan kerja sekolah mengenai sajak 'Lorong Engku Aman.'
a) Sajak Lorong Engku Aman bertemakan perkembangan yang terjadi pada Lorong Engku Aman berdasarkan perubahan zaman. Sajak tersebut memaparkan pelbagai perubahan yang menonjolkan kemajuan Lorong Engku Aman.
b) Perubahan pertama ialah estet perumahan Lorong Engku Aman. Kini bangunannya semua tinggi berbanding dengan pembentukan bangunan dahulu kala. Ini boleh dibuktikan berdasarkan cuplikan R1B4 dari sajak tersebut,
'Perumahan yang tinggi mencakar.'
Perubahan kedua ialah haiwan ternakan. Dahulu, penduduknya membesarkan dan membiakkan binatang ternakan. Kini penduduknya tidak lagi memiliki sebarang ternakan buat pemeliharaan sendiri. Ini boleh dibuktikan berdasarkan cuplikan R2B2 dari sajak tersebut,
'Ternakan tak berpunya.'
c) Perkara pertama ialah perubahan sikap penduduk antara satu sama lain. Penduduk tidak lagi menghiraukan keadaan satu sama lain. Mereka sukar untuk berbicara. Malah mereka jarang menghulurkan senyuman dan bertegur sapa. Penyajak menyuarakan keprihatinannya agar pembaca berupaya menyedari hal yang berlaku. Tambahan lagi, sikap penduduk yang mempunyai hubungan silaturrahim yang renggang bukan sahaja didapati di Lorong Engku Aman, malah sikap tersebut semakin berleluasa di kalangan mereka yang menetap rumah pangsa dan kondominium.
Penyajak bertujuan untuk menggerakkan hati pembaca agar mereka berusaha memperbaiki komunikasi antara satu sama lain. Lantas, penyajak telah menyampaikan keprihatinannya dengan jelas. Ini diberi sokongan kukuh berdasarkan bukti yang berbentuk R3B1-B4,
'Bicara tak bertemu
Bertemu cukup angguk
Semua dinamis semua sibuk
Urusan ya urusan negara.'
Perkara kedua yang menjadi keprihatinan penyajak ialah perubahan adat. Kehidupan menjadi lebih rumit dan kelam. Beberapa ciri adat resam dan budaya kian pudar dan dibelakangkan. Ciri-ciri tersebut jarang diamalkan penduduk malah, sesetengah aspek tersebut pupus dari pengetahuan generasi kini. Ini bermaksud identiti sesebuah bangsa semakin lenyap kerana gaya hidup kini lebih terpengaruh dengan unsur-unsur kemodenan. Contoh adat-adat yang telah diketepikan dari amalan dalam kehidupan mereka ialah acara pijak tanah untuk bayi. Lantas, penyajak menyampaikan keprihatinannya dengan baik. Ini dapat dibuktikan berdasarkan cuplikan yang berbentuk R4B1-B4,
'Hidup jadi adat
Buang yang mengikat
Adat yang menjerat
Di sini tak mendapat tempat.'
Natijahnya, terdapat dua perkara utama yang meragut keprihatinan penyajak semenjak Lorong Engku Aman 'menerima kemajuan.' Perkara-perkara tersebut ialah hubungan silaturrahim yang semakin renggang dan kepupusan beberapa aspek adat resam dan budaya.
Monday, April 12, 2010
Thursday, March 18, 2010
Assalamualaikum.
Saya harap para pembaca semuanya sihat wala'fiat.
Saya akan melaksanakan tugas Sastera saya kini iaitu
memuatturunkan jawapan bagi cerpen 'Orkidnya Sudah Menjadi.'
a) Huraikan watak Jamal sebagai seorang ayah sepertimana yang dipaparkan dalam cerpen ini.
Jamal ialah seorang yang garang dan bengis. Tindakannya mudah terpengaruh dengan sifatnya yang panas baran. Dia pantas meradang dan berang atas perkara-perkara yang tidak memuaskan hatinya. Contohnya, dia menjadi marah dan garang apabila kedua-dua anaknya menunjukkan keputusan mata pelajaran yang gagal mencapai ekspektasinya. Ini boleh dibuktikan berdasarkan cuplikan dari teks,
'Kenapa tak lulus ni, Adli?" tanya Jamal kesal. Wajahnya segera berubah bengis dan garang.'
Pernyataan tersebut menunjukkan bahawa Jamal begitu marah terhadap keputusan anaknya yang tidak memuaskan. Lantas, Jamal dipaparkan sebagai watak yang garang dalam cerita tersebut. Tindakannya yang ganas bolah dibuktikan berdasarkan,
'...kata Jamal lalu melemparkan buku kecil itu ke tanah.'
Ini mempamerkan tindakan Jamal yang terpengaruh dengan kemarahannya.
Jamal juga seorang yang tidak bertanggungjawab. Ini dapat dipaparkan atas kenyataan bahawa dia tidak membeli buku-buku sekolah yang sangat diperlukan oleh anaknya. Pernyataan ini boleh dikukuhkan lagi atas bukti yang terdapat di cerpen ini,
'Buku kira-kira Aliza ayah belum beli, sahut Aliza.'
Sikapnya yang tidak bertanggungjawab telah mengakibatkan kegagalan Aliza dalam pelajaran Matematik. Namun, Jamal menafikan kesilapannya.
Selain itu, Jamal seorang yang prihatin. Hatinya mula goyah akan kemerosotan anaknya dalam bidang pelajaran. Dia mula berasa bimbang dan khuatir atas keputusan kedua-dua anaknya. Ini dapat dibuktikan berdasarkan cuplikan dari teks,
'Tapi...anak-anak kita tak ada yang menjadi Asiah...!'
Lantas ini memaparkan sikap Jamal yang prihatin akan perkembangan anak-anaknya.
Akhir sekali, Jamal seorang yang lalai. Jamal terlalu asyik melayankan kehendak dan angan-angan isterinya hingga anak-anaknya dibiarkan terbenggalai dalam pelajaran mereka. Ini berkemungkinan besar menyebabkan kegagalan anak-anaknya dalam pelajaran mereka. Ini memberi kesedaran kepada Jamal yang mula berasa bimbang akan perkembangan anak-anaknya. Ini dapat dibuktikan berdasarkan cuplikan teks,
'Selalunya dia sangat senang hati mendengar angan-angan isterinya itu. Tapi pagi ini cakap-cakap begitu sudah tidak enak di telinganya.'
Ini memaparkan sikap Jamal yang lalai akan urusan anak-anaknya.
Rumusannya, Jamal seorang yang garang, tidak bertanggungjawab, prihatin dan lalai. Penulis berjaya mempamerkan ciri-ciri watak Jamal dengan jelas dalam cerpen ini.
b) Jelaskan perasaan Asiah terhadap orkid yang ditanamnya dan cara dia melayani tanamannya itu.
Asiah berasa sangat riang, puas dan terhibur terhadap bunga anggerik yang ditanamnya. Dia mudah tersenyum ketika melihat keindahan dan kesuburan bunga-bunga orkid. Dia melayani tanamannya seperti anak-anaknya sendiri. Dia menganggap bunga-bunga anggerik itu sebagai sesuatu yang penting dalam kehidupannya. Ini boleh dibuktikan berdasarkan cuplikan teks,
'Asiah mengurut-urut kuntum bunga yang baru menjulur itu bagaikan mengurut kepala anak kecilnya sahaja. Wajahnya berseri-seri keriangan.'
Justeru, ini menjelaskan perasaan dan tingkah laku Asiah terhadap tanamannya.
c) "Tapi...anak-anak kita tak ada yang menjadi Asiah...!" Jelaskan perkara yang menyebabkan Jamal melafazkan ungkapan tersebut.
Jamal melafazkan ungkapan tersebut atas kemarahan dan kekecewaannya terhadap keputusan anak-anaknya. Dia bersikap demikian kerana anak-anaknya memperolehi kegagalan dalam beberapa mata pelajaran. Dia tidak puas hati dengan pencapaian anak-anaknya. Ini dapat dibuktikan dari cerpen tersebut,
'Jamal kesal. Wajahnya segera berubah bengis dan garang.'
Jamal turut melafazkan ungkapan tersebut kerana dia merasakan bahawa anak-anaknya tidak memiliki masa hadapan yang cerah. Berdasarkan keputusan anak-anaknya yang tidak memuaskan, dia yakin bahawa anak-anakna tidak mungkin berjaya dalam kehidupan mereka. Natijahnya, pendidikan yang tinggi akan memudahkan seseorang untuk mencari kerjaya yang menyumbang pendapatan tinggi. Lantas, keputusan anak-anaknya yang sangat rendah membuat Jamal tidak yakin akan kerjaya anaknya pada masa hadapan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~T.A.M.A.T~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sunday, March 14, 2010
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Selamat datang ke blog sastera saya!
Blog saya tidaklah begitu hebat dan sempurna
namun saya akan terus berusaha untuk memperbaikinya, Insya Allah.
Sedikit pengenalan tentang diri saya...
Saya seorang remaja yang lasak.
Dahulu saya seorang 'tomboy'.
Nenek sebelah ibu berbangsa Cina.
Saya anak sulung dan cucu sulung di sebelah bapa.
Saya gemar buat 'somersaults'.
Saya suka menonton filem Korea.
Kekuatan saya dalam mata pelajaran ialah Matematik.
Baiklah, itu sahaja yang mampu saya kongsi bersama.
Saya terpaksa berundur kerana emak perlukan saya.
Hingga 'post' yang seterusnya!
Bye.

Subscribe to:
Posts (Atom)