Monday, April 12, 2010

Assalamualaikum!

Hari ini, saya akan mengemaskini blog ini dengan
menyelitkan kerja sekolah mengenai sajak 'Lorong Engku Aman.'

a) Sajak Lorong Engku Aman bertemakan perkembangan yang terjadi pada Lorong Engku Aman berdasarkan perubahan zaman. Sajak tersebut memaparkan pelbagai perubahan yang menonjolkan kemajuan Lorong Engku Aman.

b) Perubahan pertama ialah estet perumahan Lorong Engku Aman. Kini bangunannya semua tinggi berbanding dengan pembentukan bangunan dahulu kala. Ini boleh dibuktikan berdasarkan cuplikan R1B4 dari sajak tersebut,
'Perumahan yang tinggi mencakar.'

Perubahan kedua ialah haiwan ternakan. Dahulu, penduduknya membesarkan dan membiakkan binatang ternakan. Kini penduduknya tidak lagi memiliki sebarang ternakan buat pemeliharaan sendiri. Ini boleh dibuktikan berdasarkan cuplikan R2B2 dari sajak tersebut,
'Ternakan tak berpunya.'

c) Perkara pertama ialah perubahan sikap penduduk antara satu sama lain. Penduduk tidak lagi menghiraukan keadaan satu sama lain. Mereka sukar untuk berbicara. Malah mereka jarang menghulurkan senyuman dan bertegur sapa. Penyajak menyuarakan keprihatinannya agar pembaca berupaya menyedari hal yang berlaku. Tambahan lagi, sikap penduduk yang mempunyai hubungan silaturrahim yang renggang bukan sahaja didapati di Lorong Engku Aman, malah sikap tersebut semakin berleluasa di kalangan mereka yang menetap rumah pangsa dan kondominium.

Penyajak bertujuan untuk menggerakkan hati pembaca agar mereka berusaha memperbaiki komunikasi antara satu sama lain. Lantas, penyajak telah menyampaikan keprihatinannya dengan jelas. Ini diberi sokongan kukuh berdasarkan bukti yang berbentuk R3B1-B4,
'Bicara tak bertemu
Bertemu cukup angguk
Semua dinamis semua sibuk
Urusan ya urusan negara.'

Perkara kedua yang menjadi keprihatinan penyajak ialah perubahan adat. Kehidupan menjadi lebih rumit dan kelam. Beberapa ciri adat resam dan budaya kian pudar dan dibelakangkan. Ciri-ciri tersebut jarang diamalkan penduduk malah, sesetengah aspek tersebut pupus dari pengetahuan generasi kini. Ini bermaksud identiti sesebuah bangsa semakin lenyap kerana gaya hidup kini lebih terpengaruh dengan unsur-unsur kemodenan. Contoh adat-adat yang telah diketepikan dari amalan dalam kehidupan mereka ialah acara pijak tanah untuk bayi. Lantas, penyajak menyampaikan keprihatinannya dengan baik. Ini dapat dibuktikan berdasarkan cuplikan yang berbentuk R4B1-B4,
'Hidup jadi adat
Buang yang mengikat
Adat yang menjerat
Di sini tak mendapat tempat.'

Natijahnya, terdapat dua perkara utama yang meragut keprihatinan penyajak semenjak Lorong Engku Aman 'menerima kemajuan.' Perkara-perkara tersebut ialah hubungan silaturrahim yang semakin renggang dan kepupusan beberapa aspek adat resam dan budaya.

No comments:

Post a Comment